26 May 2010

Ruang Khianat

Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~

Aku terlihat seraut wajah penuh resah,
Menanti bersama hati patah,
Kedengaran suara hatinya,

“izinkan aku terbang dengan sayapku yang patah ini”
“aku mahu pergi”
“bantu ku robek ruang pengkhianatan ini!”

Tangannya memegang jeriji besi karat itu,
Jeriji yang jika dipegangi manusia biasa,
Maka terbakarlah jiwa dan semangatnya menuntut kebebasan.
Kepalanya berkali-kali didongakkan keluar,
Cuba untuk mengeluarkan kepala dari ruang khianat itu,
Namun, dia hampa...

Badannya yang sedikit gempal berserta sayap patah itu
menjadi halangan yang utama…
Aku dengar kakinya dihentak berkali-kali,
Tanda protes dan amarah dibiarkan sendiri di sini,
Ya di ruang ini..

Namun, manusia tenggelam dalam arus maya.
Tak sedar akan kehadirannya.
(Tapi, dia ini pun di alam maya juga)
Oh, baru aku ingat manusia suka berada dalam sesuatu situasi,
tanpa cuba untuk menjiwai situasi..

Aku dengar lagi suara hati dia,
“Bantulah aku..Aku..mahu ke sana..Mahu…”
“Siapa punya hati putih, lihatlah aku”
“Lihatlah keadaan aku di sini..”
“Terluka, tercedera, terseksa”
“Bantulah membawa aku ke sana”

Lalu aku yang mendengar hanya mampu mendengar…
Terus aku pergi…
Bersama menjiwai watak manusia lainnya..
Hujan terus terpercik ke wajah dia dan membasahi kening lebatnya..

P/s: Dia itu aku. Aku itu dia. Kami manusia sama.. Dan siapa sangka..??