Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~
Ya Allah.. Minggu ini saya tak berapa sihat. Allahu Allah.. Tak Dia jadikan sesuatu dengan sia-sia. Walaupun rasa tak larat nak datang bekerja dan membantu orang, tapi tetap saya teruskan juga. Dengan mengharap agar diri sendiri dibantu Allah. Sungguh sakit kepala ni buat saya rasa tensyen. Nasib baik tak ditengking anak-anak murid yang kadang-kadang tak reti nak duduk diam kat asrama tu. Kalau ikutkan hati, mesti dah macam orang kena rasuk saya marah budak-budak ni. Tapi, Alhamdulillah.. Aqal masih dipandu iman. Hati masih disuluh kesabaran. Takkan ku biar syaitan membina kerajaan. Saya hanya lah seorang hamba yang lemah. Yang sentiasa mengharap dan penuh dengan pengharapan. Yang hanya mengimpikan hidup yang dipandu Allah. Bukan nafsu, bukan hati dan bukan aqal semata-mata, tapi adanya Dia!
Kadang-kadang jiwa hamba ini juga luluh ditempa nafsu. Lemah diukir mahu. Sakit dilakar sendu. Tapi, ini bukan apa yang saya mahu. Saya hanya fikir mungkin ini apa yang saya perlu. Sesaat ini kepala saya rasa membesar dan berkembang lantaran rasa sakit. Moga yang tidak-tidak ini membantu saya agar tetap terus merasa diri sebagai seorang hamba yang tak layak dipuja dan diCiNtAi manusia. Hati yang kadang-kadang membengkak ini pun harus diubat sendiri. Amalan zikir dan hobi mendengar suara sendiri membuatkan saya suka dan CiNtA untuk mengalunkan namaNya saat minda dan hati dijajah sepi. Hasbi Rabbi.. Jallallah.. Ma fi qalbi.. Ghoirullah.. Cukuplah Engkau Ya Allah.. Cukuplah Engkau yang ada di hatiku! Tiada yang lain di hati ini melainkan Engkau Ya Allah! Nur Muhammad.. Sallallah.. Laa Ilaaha illallah.. Laa Ilaaha illallah. Dan cahaya kerasulan Muhammad beserta selawat dan salam ke atas Baginda. Tiada Tuhan melainkan Allah.. Tiada Tuhan melainkan Allah!
P/s: Risau dan takut untuk berjumpa Allah lantaran kehinaan diri..:(