Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahim yang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~
Kawan, almari itu kini tinggal sepi. Kau benar telah pergi. Huhu. Tomato cilik itu kini ku ambil sendiri. Semalam aku berdiri di pintu dapur di tengah malam sunyi. Sendiri. Tiada lagi tawa galak dan gurau senda yang berdesir hingga ke pagi. Aku cuma sendiri. Menanti mesin basuh yang berputar mencecah hening pagi. Menanti.
Hari ini ada yang datang temuduga. Kau tahu, dia dan kau tak serupa. Tak sama. Dia dari hujung dunia nun di Somalia. Hawa namanya. Umurnya 24 tahun. Aku tinggalkan dia sendirian di bilik sebab aku perlu ke office. Tak apa ke? Risau juga aku. Namun, aku yakin dia orang baik-baik. Hafal Quran. Ya, macam kamu. Dia juga menanti seperti aku. Suaminya di Northway kalau tak salah aku.
Kau tahu, aku bercakap dengan dia rojak Arab dan English. Wah, terbelit-belit lidah aku nak bercakap. Tapi, nasib baik dia faham. Kak Put pula jadi pendengar sahaja dan kadang-kadang suaranya keluar juga.
Nak tahu tak, semalam Ustzh. Tim tanyakan aku bagaimana untuk ubat orang yang sakit angau? Terkejut aku bukan kepalang tahu? Anak saudaranya tu memang dah nak kahwin benar nampak gayanya. Dia dah beli cincin berharga dua ribu! Walhal, calonnya tiada. Terkedu aku seketika. Aku cuma kata, "ustazah, tak terfikir saya nak kahwin awal!." Huhe.. Lau aku menggatal, aku rasa tak pasal-pasal ada yang bertandang. Haha.
Nak tahu lagi tak, tadi aku masuk office sedikit lambat. Tiba-tiba U.M tanya, kenapa lambat sangat masuk? Sampai 50 minit ke kamu rehat? Aku hanya diam sekejap. Lepas tu, aku bagitahula yang aku sebenarnya pasangkan kipas dalam bilik (repairla..) Sebab semalam aku rasa bersemangat nak bersihkan kipas. Pastu bila pasang balik tak pandai pula. Nasib baik ada kak Put yang tolong tadi. Tiba-tiba U.M suruh aku baiki semua TV dan CCTV yang rosak itu. Haha. Ngokngek! Mana aku pandai buat semua ni.
Tapi tak apalah. Biar aje. Aku pun nak sambung buat kerja ni. UBS ni masih tak setel lagi. Pening aku dibuatnya. Cek pun aku jadi malas nak sentuh. Huhu. Ok.
P/s: Sedikit catatan peribadi untuk tontonan umum. Huhu. Aku tak berapa sihat sikit ni. Selesema(>____<)