26 May 2017

Persepsi

Satu ujian

Apabila Tuhan datangkan kita
dengan orang-orang hebat
Bacaan dan diskusi mereka mantap
Akhlak mereka terpuji
Ilmu mereka luas
Penuh kerendahan hati
Ikhlas
Kerja kuat...

Dan mereka,
menganggap kita sama seperti mereka;
Dalam ikhlasnya
Dalam ilmunya
Tawadhuknya
Kerendahan akhlak
dan hatinya...

Bila kita cuba jelaskan,
kita tidak sehebat mereka
tak setulus yang ada di air muka
bukan setepat sangkaan mereka

Dikatanya kita,
pura-pura..
dan tak percaya..

Allahu,

kalaulah mereka tahu,
aku bukan siapa-siapa
tiada apa-apa
hanya orang yang mengada-ada
hanya manusia yang masih cuba-cuba...

Masihkah akan ada
yang mahu bersama-sama..

Kerdil,
30 Sya'ban
Kuala Lumpur