17 September 2015

Beban

"Apakah pernah kau melihat orang yang memikul beban yang banyak sekali di dalam hidupnya?"

Kataku, 

"Ya, aku pernah. Bahkan selalu. Justeru, melihat orang yang tidak punya beban itulah aku memang tidak pernah sepanjang hayatku"

"Lalu menurutmu, beban itu bagaimana?"

Kataku,

"Beban itu akan kekal menjadi beban. Sama seperti perkataannya, berat sekali untuk disebut -beban, apatah lagi jika ditanggung. Namun, apabila rasa dikongsi, yang sulit pun menjadi mudah, bukan kerana kesulitan itu yang akhirnya menjadi mudah. Tetapi kerana kesulitan itu dikongsi, lalu bebannya terbahagi... Sama seperti kau membahagikan rasa sedihmu, kerana kau tahu, tidak perlu lagi seorang untuk menanggungnya"

Kataku lagi,

"Luahkan bebanmu, dan izinkan aku merasa cebisan-cebisannya yang tak sanggup kau rasa"


Wanfad Abraham,
Kitab persahabatan,
Mengongsi rasa lebih indah!