02 December 2011

Lima hari menghilang~

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Selesai jualah Kem Tahfiz dan Motivasi al-Quran selama lima hari di Surau Rantau Petronas. Alhamdulillah, berkat usaha dan keringat fasilitator yang dipanggil mursyeedat dan mursyideen yang lain saya kira kem ini dalam kategori berjaya. :) Bukanlah saya ukur berjaya itu dari segi hafazan adik-adik mencecah 20 atau 30 juzuk akan tetapi, berjayanya kerana tautan ukhwah yang kami rasakan eratnya.. Alhamdulillah.

Walaupun pada awalnya, kami seakan-akan tak serasi antara satu sama lain, Allah memudahkan perjalanan program kami. Mungkin berkat keikhlasan para peserta dan para fasilitator, program ini berjalan dengan baik. Alhamdulillah a'la kulli haal.

Mungkin sedikit makluman pengisian program yang kami bawakan ialah;

1- Pembentangan asbabul nuzul

2- Riadhah bermodul

3- Malam kebudayaan bertemakan "al-Quran"

4- 'Group binding' (LDK)

5- Sesi 'sharing moments'

6- Mengasah kreativiti melalui aktivi Bina'ul iman dll.

Komen saya tentang adik-adik, yup mereka sangat comel dan ‘sweet’. Hehe. Seronok bersama dengan ahli kumpulan sendiri (Khadijah) dan kumpulan-kumpulan lain (Mariam dan Balqis)

Dan saya juga yaqin, mereka pun rasa saya comel. :P (pasan jap) dan semoga ukhwah yang terjalin selama lima hari ini, tak terputus walau hanya untuk lima saat sekalipun. May Allah blessings always with us, amen.

Dan seperti biasa, sajian gambar-gambar untuk anda ambil ‘feeling’ sikit.


Agak-agak, dia ada tertelan lalat tak?hihi




 Sape lar Mursyeedah budak-budak ni.. Tett..:p

Sep-sep Mariam


Ni sebenarnya bukti ada budak main tipu.. :P

 Cett.. Layan perasaan kejaplah..





Sebelum balik, singgah membeli keropok losong.. Perghh.. Lama sangat menanti Syed Mohamad belikan. Sejam lebih kot menunggu~ 
Kerana mu keropok losong!


Kemaman dalam kenangan~ sob2..

p/s: Masih punya janji yang tak tertunai! Mimpi main bowling :P