14hb Julai, jam
8.30 malam saya dan Ustazah Hazlina bertolak dari Shah Alam menaiki bas laluan
Shah Alam-Pengkalan Kubor. Keesokan harinya kira-kira jam 5.30 pagi kami tiba
di Pengkalan Kubor. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sembilan jam
itu seakan-akan terlalu singkat kerana perjalanan kami diisi diskusi-diskusi
hebat dan hangat mengenai para remaja dan juga teknik perniagaan ustazah
Hazlina. Alhamdulilah dapat mencedok berguni-guni ilmu secara tidak langsung.
Benarlah kata Rasulullah, bermusafir juga adalah salah satu cara yang boleh
diguna pakai untuk mencari ilmu. Dan sangat bertepatan juga dengan adat dan
kebiasaan para alim ulamak yang terdahulu yang bermusafir demi mencari ilmu duniawi
dan ukhrawi.
15hb Julai, jam
5.30 pagi tiba di Pengkalan Kubor, terus bersiap-siap dan solat sebelum melangkah ke seberang. Perjalanan menaiki bot selama 3 minit itu sungguh menggamit rasa. Sudah cukup untuk membuat mata ini terpugau dan merasa kagum dengan lukisan Allah. Sungguh indah. Kami tiba sekitar 7.00 pagi waktu tempatan (8.00 pagi waktu Malaysia - agar sukar juga membiasakan diri untuk lambat sejam!) di seberang Takbai dan kelihatan pejabat kastam Malaysia di seberang sunyi sepi setelah kami tinggalkan sebentar tadi. Seusai prosedur pendaftaran di pejabat imegresen Takbai, kami dibawa ke kedai berhampiran dan dihidangkan dengan nasi di pagi hari.
Sebelum meneruskan perjalanan ke tempat program, kami dibawa ke rumah tumpangan milik saudara seorang Ustaz Ayata ini. Rumah yang sangat unik, memiliki unsur-unsur ukiran dan ruang tamu Arab yang indah. Sempat tertidur sebentar selepas bertegur sapa dengan isteri Ustaz tersebut, yang ingin dipanggil 'Moksu' walau usianya masih dalam lingkungan 30-an.
Setelah tiba di sekolah Nuruddin milik Ayata, kami terpaksa melunaskan dua sesi untuk diisi sepanjang hari. Sesi pertama dengan ibu-ibu pelajar dan penduduk wanita di kawasan yang berdekatan dan sesi kedua bersama murid-murid perempuan sekolah Nuruddin tersebut. Alhamdulillah, kehadiran para ibu yang sangat ramai (500 lebih) membuatkan semangat kami tambah berkobar dan cuba untuk memberikan yang terbaik buat mereka yang hadir. Isi pokok yang disampaikan Ustazah Hazlina adalah bagaimana mendidik anak-anak supaya soleh adalah dengan menjadi ibu solehah terlebih dahulu. Para hadirin diberikan secawan air sebelum diajar membaca doa-doa pelembut hati yang diambil dari potongan-potongan ayat al-Quran bagi melembutkan hati ibu-ibu sendiri dan anak-anak mereka di rumah.
P/s: Kalau ada sumur di ladang, bolehla saya menumpang mandi,
Kalaulah umur saya panjang, teringin nak bertandang lagi~
Takbai oh Takbai..
The arrival ;)
Nampak pendek je dia ni~

Tetiba aku dapat gelaran Jamilah (adik Thaksin)
Lupa apa nama masjid ni. Tapi, serious lawa!
Thailand memang 'heaven' makanan.. Penuh perut tak terhabis makan.. Banyak sangat!
Ni pantai Narathiwat, salah satu tempat pengeboman yang sering berlaku
Di jeti.. Singgah dulu sebelum balik!
P/s: Kalau ada sumur di ladang, bolehla saya menumpang mandi,
Kalaulah umur saya panjang, teringin nak bertandang lagi~
Takbai oh Takbai..