Untuk berada pada sesuatu tempat yang baru dan asing tidak mudah. Banyak perkara yang perlu disesuaikan. Banyak perkara yang perlu di'neutral'kan dan diambil pendekatan untuk tidak berpihak pada mana-mana kumpulan atau individu.
Begitulah sepatutnya semua orang lakukan. JANGAN terlalu MUDAH MENILAI orang!
Anda siapa? Kehidupanmu bagaimana?
Mereka siapa? kehidupan mereka bagaimana?
Faktor-faktor yang selalu orang terlepas pandang bila mengeluarkan 'fatwa' adalah persoalan hati dan perasaan orang. Rasullullah S.A.W bersabda:
"خــاطــب الـنـاس حـسـب عــقــولـهــم"
Bercakap dengan manusia, biarlah berdasarkan aqal (tahap pemikiran atau *keadaan) mereka
Orang kebanyakannya sudah tahu untuk bercakap dan melihat kepada tahap pemikiran audiens namun, cuba perhatikan yang bertanda bintang. Kenapa saya konklusikan bercakap kepada manusia juga perlu untuk melihat keadaan mereka? Ini kerana, keadaan yang baik akan memastikan aqal baik dan seimbang untuk berfikir. Contohnya jika anda diminta untuk memberi tazkirah pada pembunuh yang dah membunuh ramai orang dengan kejam dan baru bersedia untuk bertaubat. Jika anda mengatakan begini,
"nah, sekarang kerana dosa kalian yang telah banyak dilakukan, banyak orang-orang yang belum terdetik untuk membunuh dengan cara seperti yang tuan-tuan lakukan kini telah mula melakukan perkara yang sama. Kalian adalah penjenyah selama-lamanya kerana tanpa sedar telah mengajar orang lain melakukan jenayah!"
Pada saat ini, saya yakin orang berceramah ini paling kurang pulang ke rumah dengan kepala yang terkopek sedikit.
Dan cuba bayangkan pula jika yang berceramah itu mengatakan begini,
"Saudara-saudara yang dirahmati Allah sekalian. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Dia Maha menerima taubat terhadap dosa-dosa kita yang telah lalu. Allah tidak buta dan tidak tuli tuan-tuan. Saya yakin, Allah mendengar bisikan hati kita semua untuk bertaubat, untuk kembali ke jalan Tuhan. Dan saya yakin, Dia pasti membersihkan dosa-dosa kita dan akan meletakkan kita dalam golongan orang yang beriman.."
Saya yakin saat ini akan ada di antara mereka tertunduk sayu dan syahdu mengharapkan keampunan Tuhan.
Berapa ramai orang yang bercakap sambil mengabaikan keadaan orang lain? Ada suatu kes yang diadukan kepada saya dari seorang saudara Islam yang sudah hampir lapan tahun memeluk Islam. Katanya yang lebih kurang begini maksudnya,
'Cik Wan, (masa awal-awal masuk Islam dulu) saya kan, rasa seperti hina dan sedihla bila ustazah-ustazah yang ceramah cakap orang kafir masuk neraka. Takkan terhidu bau syurga walau baik macamana pun. Padahal, mak ayah saya bukan Islam.. Saya terasa laa.. Kenapa mereka cakap macam tu? Habis, orang-orang Islam pun tak pernah nak ceritakan keindahan Islam. Asyik cerita neraka, kena hukum (dan sebagainya)..Kami salah ke?'
Macam tulah lebih kurang ceritanya.. Saya pun tersedar, kita terlalu banyak menceritakan larangan-larangan Allah dan hukuman pada yang berbuat maksiat dan kerosakan. Serta lupa pula menyatakan Allah mencintai kebaikan dan mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.. Atau kalau kita TAK MAMPU mengatakan yang baik-baik, LEBIH BAIK DIAM. Belajarlah sistem komunikasi berkesan ye! ;)
Dan, sekali lagi saya terpaksa menjadi orang tengah dan me'neutral'kan kembali keadaan.
p/s: Saya lupa apa yang saya katakan padanya! :P
