06 July 2011

Baby-baby comel:)

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Buat pengetahuan sahabat-sahabat, di sini aku mulai mencari makna sebuah kehidupan.. [Maksudku, apa-apa yang kita lakukan dan apa-apa yang berlaku pada kita yang memberi makna.] Yang mempunyai nilai artifak yang tak ternilai~ Bermula dengan kisah aku berhenti kerja, berkelana di taman ilmu dan budi, mencelah-celah ke majlis ilmu, dan sehinggalah aku kini menjadi sukarelawan di Rumah Perlindungan Wanita ini. (Sambil menunggu waktu cuti ini tamatla)

Melalui insan-insan yang pernah terlanjur berbuat dosa yang mana kesannya hingga ke hujung usia (punya anak tanpa bapa seusia belasan tahun) namun, insan mana yang tak pernah melalui sisi hitam dalam hidupnya? Mungkin melalui jalan itu[sisi gelap kehidupan], Allah mahu kita makin dekat pada-Nya. Pesan seseorang, Selagimana kita memaknai apa yang berlaku itu, kita akan temui nilainya yang mana bakal mendekatkan jua diri kita pada Sang Pencipta di akhirnya.

Bukannya aku terpacak di sini untuk menongkat dan mempertahankan salahnya mereka dan salahnya kita. Tapi, untuk sama-sama meng'introspeksi' diri agar salah yang sama tak berulang lagi pada sesiapapun. Jangan ingat jika kita tak bersalah kita adalah INSAN YANG MULIA.. Dan jangan ingat orang yang BERSALAH ADALAH HINA.. Taqwa itu hanyalah di dalam pengetahuan Dia..

Dan, selama kat sini, tak pernah pula aku post gambar baby-baby di DARWA kan? So, here I come!!
Tatapilah wajah comel mereka.. :D










P/S: Mahu mulia pada pandangan Allah