23 May 2011

Rindu taman-taman ilmu


Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..


 Sudah beberapa purnama aku tersibukkan
Mengisi ruang manusia-manusia lainnya
Dan aku, semakin kekosongan

Beberapa purnama ini
Aku merindui taman
dan pohon-pohon rendang
cemara-cemara hijau nian


Tersisip rindu yang dipendam
Kalau dahulu setiap minggu berpapasan
Nah sekarang sebulan sekali pun
dalam pertimbangan


Mengimpikan taman syurga
Walau amalan tak sehebat mana
Nak mengharap dengan persembahan
yang tak seberapa


 Menagih belas kasihNya
Menanti syafaat baginda

p/s: Cinta aku tetap pada kamu