01 February 2011

Bintang Kejora

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Andai kau lihat bintang kejora
di balik gugusan bintang malam,
Jangan kau gerun untuk mencapainya..
Andai kau lihat bintang terang bersinar
di balik ribuan bintang malap,
Jangan kau sangka itulah bintang cemerlang..
Bintang aku,
antara bintang malap
yang malapnya menyumbang cahaya malam