Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..
Wahai Gembara--Kau,
Nan luas telah merantau,
Menikmat puspa nan mekar,
Melihat seribu Kawthar,
...Sebanyak negeri kau singgah,
Di mana tempat terindah?
Tahukah dimana
Semesta alam berpunca,
Indah damai tak berperi,
Tiada iklim membandingi?
Di mana kekasih ada,
Di situ tempat terpuja;
Meskipun lamannya sempit,
Kurasa seluas langit,
Jejak kekasih di tanah,
Ku anggap tempat bertuah,
Walaupun tanahnya hampa,
Disitu tempat bertapa.
Denganmu walau di hutan rimba,
Di padang pasir panas menyala,
Laksana Firdaus nikmat kuanggap,
Ke tebing Kawthar jasad menyayap,
Gelap hidupku dalam penjara,
Asalkan Kau di situ ada,
Menjadi tampan peri wajahmu,
Semerbak mawar mekaran baru.
S.M.N al-Attas, 1959
p/s: ini bkn saya yang bersajak tau!