Dengan nama Ar-Rahman yang Maha Pemurah..
Dan Ar-Rahimyang Maha Mengasihani..
Dampingilah hati-hati kami dan tuntuni kami menjadi hambaMu yang Kau kasihi..
Ameen~
Hari ini sejuk. Tangan kaku.
Udara dingin sekali.
Mengering jari-jemari.
Badan sedikit membongkok.
Sejuk.
Dimana yang lain?
Tercari-cari teman yang tiada.
Mengapa?
Aku mahu haba. Biar suam kembali.
Tak mahu dingin begini.
Biar hangat.
Luar sana cuaca berkabus.
Kabur pandangan mata.
Dimana mereka?
Semua hilang entah ke mana-mana.
Yang itu di selatan
Yang itu di utara.
Aku tetap mahu cari jua
Mereka teman di taman jiwa.
Tanpa mereka, jiwa aku sirna.
Kasih aku hampa
Oh. Ku mencari jernih wajah ayahanda.
Redup kasih bonda.
Ceria gurauan adinda.
Kegarangan dan kebaikan kakanda.
Aku makin sirna.
Dalam kabus di alam nyata.
Tapi, yakin itu ada
Yang hati kita bertaut juga.
Walau jauh di mata
Di hati tetap tak lupa
Ini hanya sementara
Semoga Allah redha perjalanan hidup kita..
Ameen~
