03 January 2010

CiNtA zaman sekolah dulu..

Dulu waktu sekolah, tak pernah saya kenal apa itu CiNtA. Cuma saya selalu dengar kisah perCiNtAan kawan-kawan. Tak pernah kenal lelaki 'ajnabi' sebab sekolah hanya ada perempuan je. Kalau kawan-kawan lelaki sekolah rendah dulu saya kenalla. Bila dah masuk tingkatan tiga, dah mula ada no telefon lelaki walaupun itu hanya untuk berurusan untuk berprogram nasyid luar pada sekolah. Masa tu, kawan cerita apa pun pasal CiNtA, tak terasa pun nak berCiNtA. Masa tu hairan kot macamana boleh sahabat-sahabat saya jatuh CiNtA. Mungkin dah selalu sangat kot tengok muka lelaki dekat kelas tusyen sampai jatuh hati dorang. Fuh, nasib baik saya ni tak tusyen. Lau tak, mesti saya terjebak sama! Yang paling tak tahan, kawan selalu minta pendapat dan nasihat jika berCiNtA. Walhal, saya TAK BERCiNtA pun! Dalam hati rasa seronok juga bagi nasihat pada mereka. Saya rasa saya lah yang paling arif tentang CiNtA pada waktu itu.ngee ~..hehe.. CiNtA saya ketika itu hanya untuk belajar, bola tampar, guru-guru, mak ayah dan juga kawan-kawan.

Terkenang-kenang pula pada sahabat yang saya CiNtAi setulus hati. Walaupun gaduh macamana sekalipun, dorang tetap di hati. Rasa murni ikatan kami ni. Macam cikgu Murni. Hehe. Selalu je orang kata, sahabat yang paling rapatlah yang paling banyak kita terasa hati. Sebabnya, dah sayanglah kat hati tu. Setuju kan?? Zaman sekolah nilah zaman paling banyak saya teruji dengan CiNtA pada sahabat. Biasalah, masing-masing masih tak matang lagi. Apa-apa pun, kenangan yang ada tu masih di hati. Terpahat kukuh di kamar memori ni. Teringat pada semua geng kami. Anis. Dia ni tinggi orangnya. Dia selalu nyanyikan saya lagu Saujana dan Fareast. Selalu je kami buat konsert. Siap ketuk-ketu meja lagi tau! Hehe.. Maz pulak selalu nangis di bahu saya ni. Manja. Sensitif. Garang. Itulah dia. Ni peminat gila-gila Misya Omar dan Yusry&Erra. Bila dorang cerai, marah betul kawan saya ni! Aida pulak selalu dengan lawak kering dia tu. Huhu. Tak habis-habis ajak orang pergi rumah dia. Sampai sekarang pun. Hihi. Istiqamah betol! Berpotensi ni nak jadi orang tabligh. hehe. Nasibah pulak, pemberita nasyid kumpulan kami. Maklumat pasal nasyid, semua dia tahu. VCD nasyid yang terbaru takkan sempat lama di kedai sebab dia akan beli. Hehe.. Kami apalagi. Pinjamla. Haha. Kalau dekat IKIm, selalu je ada sebut nama dia ni. Sampai macam-macam kami impi. Nak buka radio nasyid sendirilah, buat web nasyidlah, nak jadi ahli Persatuan Industri Nasyid(PIN) la dan macam-macamlah.

Aina pulak sahabat yang selalu saya gaduh kalau jumpa. Walaupun dia dah pindah sekolah masa tingkatan 3, dia tetap dan mampu buat saya sedih. Tapi, calar-balar banyak mana pun hati ni dia torehkan, dialah yang paling saya sayang masa tu. Tak tahu kenapa. Mungkin inilah ikatan hati. Farhana pulak sahabat yang susah nak diajak keluar. Amat susah. Melekat dah agaknya punggung dia kat satu tempat je-rumah. Dia ni 'cool' je orangnya. Husna, kawan sebelah masa tingkatan 4, merangkap guru subjek akaun saya. Hehe. Selalu je saya dan kawan-kawan rujuk dia bila nak wat latihan akaun. Sampai sekarang pun dia amik subjek akaun di universiti mana saya lupe. Wish u luck kawan! Farah, insan yang paling suka gosip. Mulut dia memangla suka gelak dan cakap banyak. Saya pun sama T_Y. Hehe. Cuma bezanya saya tak suka gosip. Kelakar dia ni. Hehe. Dia la kawan yang agak selalu buat onar dengan saya. Fatin pula, paling selamba. Macam poyo je. Tak tahu nak 'describe' dia macamana. Tapi, saya tahu dia baik. Kini, kami dah berpisah. Semua dah ke mana-mana je. USIM ada, UUM ada.. Eh, saya lupa pada Dilah. Sahabat yang selalu cakap sayang pada saya. Kerinduan saya. Cantuman nama saya. Rindu pada dia.. Maaf pada kawan-kawan dan sahabat yang tak saya sebutkan nama dan tiada gambarnya. Percayalah ia tak bermaksud saya tak sayang! Tapi bermaksud saya tetap CiNtA! ^^ Sayang korang semua. Hmmm..

Bila dah tingkatan 5, makin saya baik dengan kak Ihan dan kak Eg selepas berlaku beberapa fasa perubahan dala hidupku ini. Wah tebal rindu dan CiNtA ku ini buat kalian!! Ni ada puisi buat semua teman taman hatiku.

Buat Kalian Yang Aku CiNtA

 Aduh teman belahan jiwa
Rindu bersamamu mengunjung selalu
Tak pernah kering mengetuk kamar CiNtA ku
Tak pernah surut mahu bawa aku pada waktu dulu
Sesungguhnya aku rindu bila aku kata rindu
Aku sayang bila aku kata sayang
Dan, aku CiNtA bila aku CiNtA
MySpace
                                                        

Ni di tingkatan 1


Ni pun tingkatan satu


Ni dah tingkatan 4
 



Jamuan kelas tingkatan 4
 



Gambar kelas tingkatan 4
 



Ni gambar tingkatan 5!



Bersama kak Ihan n kak Eg terchenta



Masa melawat adik-adik terchenta bersama Farhana



Dan ini, antara permata hatiku. Tak akan ku lupa^^